SARDOT PANGERTEN Sardot Ning taman bareng Juminten.. Sardot : Dik Jum? Juminten : Dhalem mas.. Sardot : Yen pean dadi bojoku, pean ora tak olehi nyapu2 omah Dik.. Juminten : Ahh mas Adott.. (nyisir poni) Sardot : Pean Ora tak olehi nge-pel omah.. Juminten : Ahh Mas adott pengerten banget.. Xixixixi Sardot : Pokok'e pean ora tak olehi ngurusi pekerjaan omah Dik.. Juminten : Memange dhewe ameh ngingu pembantu to mas? Sardot : Ora Dik.. Juminten : Lhaa terus sopo sing ameh ngurusi omah mas? Sardot : .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Opo sing ameh di urusi? wong omah wae aku ora nduwe huekekekek! *Juminten nesu ngajak mulih..
Awan gelap Jahiliyah telah menutupi
sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram, perang berdarah,
perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah
menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh
kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana
gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan.
Mulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan
kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari
seluruh dunia; asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun
diletakkan.
Setiap lembaran kehidupan orang-orang
besar layak dikaji dan diteliti dengan cermat. Kadang-kadang
keperibadian seseorang demikian besar dan agung sehingga seluruh tahap
kehidupannya, bahkan masa bayi dan kanak-kanaknya, menjadi misteri.
Kehidupan orang-orang cerdas, pemimpin masyarakat dan pelopor kafilah
peradaban, biasanya menarik dan mengandungi peristiwa-peristiwa aneh dan
menakjubkan. Sejak lahir hingga mati, kehidupan mereka mengandungi
misteri. Masa kanak-kanak dan remaja orang besar sungguh mengagumkan dan
ajaib.
Taurat dan Al-Quran menggambarkan masa
kanak-kanak Nabi Musa sebagai penuh misteri, dengan menyebutkan,
“Ratusan anak tak berdosa dipancung supaya Musa tidak dilahirkan. Namun,
kerana Allah menghendaki kemunculannya di dunia, maka bukannya musuhnya
berbuat jahat kepadanya, malah Fir’aun sendiri, musuh terbesarnya,
menjadi pengasuhnya.”
Al-Quran merakamkan, “Ketika Kami
ilhamkan kepada ibumu (ibu Musa) suatu ilham, iaitu, Letakkanlah ia
(Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ke dalam sungai (Nil), maka
pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuh-Ku dan
musuhnya (Fir’aun).” Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang-Ku,
supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Iaitu) ketika saudaramu yang
perempuan berjalan lalu ia berkata (kepada keluarga Fir’aun), “Bolehkah
saya menunjukkan kepadamu orang yang akan memeliharanya?” Maka Kami
mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita
…..”(Surah Thaha : 38-40)
Masa kehamilan, kelahiran, dan
pengasuhan Nabi Isa bahkan lebih ajaib lagi. Al-Quranul Karim menuturkan
masa pertumbuhan Isa sebagai berikut:
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia
menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa
sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon
kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak bererti serta terlupakan.’ Maka Jibril
menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati,
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan
goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka minum, makan, dan
bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka
katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa demi Tuhan
Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia
pun pada hari ini.”
“Lalu Maryam membawa anak itu kepada
kaumnya. Kaumnya berkata, ‘Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan
sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu
sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah
penzina.”
“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya.
Mereka berkata, ‘Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang
masih di dalam ayunan?”
“Berkatalah bayi itu (Isa),
‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberiku Alkitab dan Dia
menjadikan aku seorang Nabi.”(Surah Maryam : 17-30)
Bila orang yang beriman kepada
Al-Quran dan Taurat, dan pengikut Nabi Isa, membenarkan fakta-fakta di
atas berkaitan dengan kelahiran dua Nabi besar tersebut, seharusnya
mereka tidak hairan terhadap peristiwa-peristiwa luar biasa yang
menyertai kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kita ketahui dari sejarah dan
hadis bahawa ketika Nabi Muhammad lahir, dinding istana Khosrow retak
dan beberapa menaranya runtuh. Api kuil di Parsi padam. Tasik Sawah
mengering. Berhala-berhala di Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Nabi
naik ke langit dan menerangi tempat-tempat yang dilaluinya. Anusyirwan
dan pendita-pendita Zarahustra bermimpi yang menakutkan. Ketika lahir,
Nabi suci itu sudah disunat dan pusatnya pun sudah dipotong. Saat lahir
ke dunia, baginda berkata, “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dia-lah yang
harus disembah siang dan malam.”
Semua keterangan ini disajikan dalam
naskhah sejarah yang benar dan dalam koleksi hadis-hadis sahih.(Bihar
Al-Anwar, XV, Bab 3, m.s. 231-248) Memperhatikan fakta-fakta menyangkut
Nabi Musa dan ‘Isa, yang dikemukakan di atas, tak ada dasarnya untuk
ragu dalam penerimaan kejadian-kejadian ini.
Para penulis sirah (sejarah/biografi)
Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di Tahun Gajah 570 M.
Adalah pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632 M. Bila saat
itu usianya 62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan
sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal, walaupun mereka berbeza
pendapat tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah sepakat
bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang sama.
Hari ketujuh telah tiba. Seekor domba
disembelih Abd al-Muttalib sebagai ungkapan rasa syukurnya kepada Allah.
Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang
besar itu, dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan cucunya
“Muhammad”. Ketika ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal nama
itu jarang dipakai orang Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji
di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Tsabit
berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri.
Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya
adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar
kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.
Pastilah bahawa ilham suci memainkan
peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun nama “Muhammad”
dikenali di kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga waktu itu
yang diberi nama yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang
dikumpulkan para sejarawan, hanya enam belas orang yang diberi nama ini
sebelum Nabi.”
Hampir tak perlu dikatakan, semakin
sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula peluang salah faham
tentang kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan kedatangan
Islam berikut nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang khusus
dari Nabi, maka tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak
muncul suatu kekeliruan. Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting
bahawa nama itu harus dipakai oleh demikian sedikit orang sehingga tidak
ada keraguan atas identitinya, khususnya bilamana sifat dan
tanda-tandanya dicantumkan. Dengan begitu, orang yang kemunculannya
telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat dikenali dengan mudah.
Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam surah Ali Imran ayat
(138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab ayat (4),
baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda
disebut Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah
kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai
Muhammmad).
Nabi disusui ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya.
a. Suwaibah: wanita hamba sahaya Abu Lahab.
Ia menyusui Nabi selama empat bulan,
dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah,
sepanjang hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi berniat
membelinya. Baginda mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk
mengadakan tawar-menawar, namun Abu Lahab menolak menjualnya.
Bagaimanapun, Suwaibah menerima bantuan dari Nabi sepanjang hidupnya.
Sekembalinya Nabi dari Perang Khaibar, berita kematian Suwaibah sampai
kepada baginda. Tanda kesedihan terlihat di wajahnya. Baginda mencari
putera Suwaibah, dengan maksud memberi bantuan, tapi baginda dilaporkan
bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal lebih dahulu.
b. Halimah: puteri Abi
Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Ia mempunyai tiga anak: Abdullah,
Anisah, dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Sudah menjadi kebiasaan, keluarga
bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu.
Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak
dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta tumbuh kuat dan sihat.
Selain itu, di persekitaran gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan
penyakit seperti di kota Makkah. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab
di kawasan yang masih asli ini. Para penyusu suku Bani Sa’ad sangat
terkenal di kawasan ini. Mereka mengunjungi Makkah pada waktu-waktu
tertentu, lalu masing-masing membawa pulang seorang bayi.
Empat bulan selepas kelahiran Nabi,
ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang
mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat memerlukan pertolongan
keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan
Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal masa kanak-kanak hingga
kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhannya
menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.
Kini kita tampilkan dua kejadian dari
sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib. Bila kisah ini dihayati, maka
ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi SAW.
a. Halimah berkata: “Ketika memikul
tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan menyusui sang
bayi di situ juga di hadapan ibunya. Saya masukkan puting buah dada kiri
yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka susu sebelah
kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak kelahiran anak
saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan
sebelah kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang
kering itu pun berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir
kehairanan.”
b. Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad ke rumah, saya menjadi lebih makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”
Kita dapati peristiwa serupa dalam
Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi Isa). “Maka rasa
sakit akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon
kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril
menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati,
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu dan
goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”(Surah Maryam : 23-25)
Memang terdapat perbezaan besar antara
Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan perbezaan serupa juga
ada di antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan keunggulan peribadi
Maryam menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak mustahil
kedudukan dan darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu
susunya layak mendapat kurnia Allah.
Lebih jauh kita ketahui tentang Maryam
dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah mengangkatnya sedemikian
rupa sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari mana kamu
memperolehi (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi
Allah.”(Surah Ali Imran : 37)
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Nabi tinggal selama lima tahun bersama
suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu, ada dua atau tiga kali
Halimah membawanya menemui ibunya.
Kali pertama Halimah membawanya kepada
ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun, Halimah mendesak
Aminah untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak itu telah
menjadi sumber kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan
permintaan Halimah adalah lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah
waktu itu.
Kali kedua Halimah membawa Muhammad ke
Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari Etiopia di
Hijaz. Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka
mendapatkan bahawa semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa,
sebagaimana disebutkan dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana
itu, mereka memutuskan untuk menguasai anak itu bagaimanapun caranya,
dan akan membawanya ke Ethiopia, supaya negeri itu memperolehi
kehormatan mempunyai Nabi.
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran,
tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam Injil. Oleh itu,
sangatlah wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali orang yang
tanda-tandanya lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan
ingatlah ketika Isa Putera Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang
turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (akan
datangnya) seorang rasul sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Tapi
tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang nyata.”Suarh Ash-Shaf : 6.
Ada lagi ayat lain yang menunjukkan
dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam Kitab-Kitab Suci, dan
orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah Al-A’raf : 157.
from : http://smzblog.wordpress.com/perundangan-islam/kelahiran-rasulullah/
Komentar
Posting Komentar